Sabtu, 25 Juni 2011

Tentang iblis

Dalam sebuah kitab karangan
Imam al-Ghazali menyebutkan
bahwa iblis itu sesungguhnya
namanya disebut sebagai al-Abid
(ahli ibadah) pada langit yang
pertama, pada langit yang
keduanya disebut az-Zahid. Pada
langit ketiga, namanya disebut al-
Arif. Pada langit keempat,
namanya adalah al-Wali. Pada
langit kelima, namanya disebut
at-Taqi. Pada langit keenam
namanya disebut al-Kazin. Pada
langit ketujuh namanya disebut
Azazil manakala dalam Luh
Mahfudz, namanya ialah iblis.
Dia (iblis) lupa akibat urusannya.
Maka Allah S.W.T telah
memerintahkannya sujud kepada
Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah
Engkau mengutamakannya
daripada aku, sedangkan aku
lebih baik daripadanya. Engkau
jadikan aku daripada api dan
Engkau jadikan Adam daripada
tanah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang
maksudnya, "Aku membuat apa
yang aku kehendaki." Oleh
kerana iblis memandang dirinya
penuh keagungan, maka dia
enggan sujud kepada Adam A.S
kerana bangga dan sombong.
Dia berdiri tegak sampai saatnya
malaikat bersujud dalam waktu
yang berlalu. Ketika para malaikat
mengangkat kepala mereka,
mereka mendapati iblis tidak
sujud sedang mereka telah
selesai sujud. Maka para malaikat
bersujud lagi bagi kali kedua
kerana bersyukur, tetapi iblis
tetap angkuh dan enggan sujud.
Dia berdiri tegak dan memaling
dari para malaikat yang sedang
bersujud. Dia tidak ingin
mengikut mereka dan tidak pula
dia merasa menyesal atas
keengganannya.
Kemudian Allah S.W.T
merubahkan mukanya pada
asalnya yang sangat indah
cemerlangan kepada bentuk
seperti babi hutan. Allah S.W.T
membentukkan kepalanya
seperti kepala unta, dadanya
seperti daging yang menonjol di
atas punggung, wajah yang ada
di antara dada dan kepala itu
seperti wajah kera, kedua
matanya terbelah pada
sepanjang permukaan wajahnya.
Lubang hidungnya terbuka
seperti cerek tukang bekam,
kedua bibirnya seperti bibir
lembu, taringnya keluar seperti
taring babi hutan dan janggut
terdapat sebanyak tujuh helai.
Setelah itu, lalu Allah
mengusirnya dari syurga, bahkan
dari langit, dari bumi dan ke
beberapa jazirah. Dia tidak akan
masuk ke bumi melainkan
dengan cara sembunyi. Allah
S.W.T melaknatinya sehingga ke
hari kiamat kerana dia menjadi
kafir. Walaupun iblis itu pada
sebelumnya sangat indah
cemerlang rupanya, mempunyai
sayap emapt, banyak ilmu,
banyak ibadah serta menjadi
kebanggan para malaikat dan
pemukanya, dan dia juga
pemimpin para malaikat
karubiyin dan banyak lagi, tetapi
semua itu tidak menjadi jaminan
sama sekali baginya.
Ketika Allah S.W.T membalas tipu
daya iblis, maka menangislah
Jibril A.S dan Mikail. Lalu Allah
S.W.T berfirman yang bermaksud,
"Apakah yang membuat kamu
menangis?" Lalu mereka
menjawab, "Ya Allah! Kami
tidaklah aman dari tipu dayamu."
Firman Allah bagi bermaksud,
"Begitulah aku. Jadilah engkau
berdua tidak aman dari tipu
dayaku."
Setelah diusir, maka iblis pun
berkata, "Ya Tuhanku, Engkau
telah mengusir aku dari Syurga
disebabkan Adam, dan aku tidak
menguasainya melainkan
dengan penguasaan-Mu."
Lalu Allah berfirman yang
bermaksud, "Engkau dikuasakan
atas dia, yakni atas anak cucunya,
sebab para nabi adalah
maksum."
Berkata lagi iblis, "Tambahkanlah
lagi untukku." Allah berfirman
yang maksudnya, "Tidak akan
dilahirkan seorang anak baginya
kecuali tentu dilahirkan untukmu
dua padanya."
Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah
lagi untukku." Lalu Allah
berfirman dengan maksud,
"Dada-dada mereka adalah
rumahmu, engkau berjalan di
sana sejalan dengan peredaran
darah."
Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah
lagi untukku." Maka Allah
berfirman lagi yang bermaksud,
"Dan kerahkanlah terhadap
mereka pasukan berkuda dan
pasukan yang berjalan kaki,
ertinya mintalah tolong
menghadapi mereka dengan
pembantu-pembantumu, baik
yang naik kuda mahupun yang
berjalan kaki. Dan berserikatlah
dengan mereka pada harta, iaitu
mendorong mereka
mengusahakannya dan
mengarahkannya ke dalam
haram."
"Dan pada anak-anak, iaitu
dengan menganjurkan mereka
dalam membuat perantara
mendapat anak dengan cara
yang dilarang, seperti melakukan
senggama dalam masa haid,
berbuat perkara-perkara syirik
mengenai anak-anak itu dengan
memberi nama mereka Abdul
Uzza, menyesatkan mereka
dengan cara mendorong ke arah
agama yang batil, mata
pencarian yang tercela dan
perbuatan-perbuatan yang jahat
dan berjanjilah mereka." (Hal ini
ada disebutkan dalamsurah al-
Isra ayat 64 yang bermaksud :
"Gerakkanlah orang yang engkau
kuasai di antara mereka dengan
suara engkau dan kerahkanlah
kepada mereka tentera engkau
yang berkuda dan yang berjalan
kaki dan serikanlah mereka pada
harta dan anak-anak dan
berjanjilah kepada mereka. Tak
ada yang dijanjikan iblis kepada
mereka melainkan (semata-mata)
tipuan."

Tidak ada komentar:

Posting Komentar