Senin, 31 Januari 2011

WATAK-WATAK SETAN

oleh : MUH.YASIN FII SABILILLAH

1.Cubaan merosakkan aqidah
tauhid yang benar. Inilah
tujuan utama syaitan agar
manusia sesat daripada
kebenaran. Sebagai contoh sebagaimana
yang diceritakan dalam hadis
bahawa syaitan agar
menimbulkan persoalan dalam
diri setiap orang tentang
siapakah yang membuat benda ini dan siapa pula yang
menjadikannya? Akhirnya sampai kepada
kesimpulan bahawa setiap
benda ada penciptanya. Ketika
itu syaitan agar menimbulkan
soalan tentang siapakah yang
menjadikan tuhanmu? Oleh itu, Nabi s.a.w.
menasihatkan agar memohon
perlindungan kepada Allah.
(Mafhum hadis riwayat
Bukhari). 2. Syaitan akan mengikat
setiap manusia ketika tidur
dengan tiga ikatan. Inilah
antara sebab yang
menyebabkan manusia rasa
malas dan letih untuk bangun pagi bersolat Subuh. Apabila jaga dan menyebut
Allah, maka akan terputuslah
satu tali. Apabila berwudhuk
maka putuslah tali kedua.
Apabila bersolat maka
putuslah tali ketiga. Ketika itu barulah manusia berasa
bersemangat dan segar.
(Mafhum hadis riwayat
Bukhari). Oleh itu, apabila bangun
bacalah doa bangun tidur atau
sekurang-kurangnya sebutlah
nama Allah. Kemudian segera
berwudhuk dan bersolat. 3. Tujuan syaitan mengikat
dengan tiga ikatan agar
manusia tidak dapat bangun
malam untuk bertahajud dan
solat Subuh pada waktunya.
Oleh itu, beberapa perkara boleh dibuat bagi
menghalangnya iaitu : - Berwudhuk sebelum tidur
kerana sabda Nabi s.a.w.: اَذِإ َتْيَتَأ ىَلِإ َكِعَجْضَم ْأَّضَوَتَف َكَءْوُضُو ِةَالَّصلِل
“Apabila engkau datang ke tempat tidurmu maka
berwudhuklah seperti wudhuk
solat”. - Membaca dua ayat terakhir
daripada surah al-Baqarah
kerana sabda Nabi s.a.w. : ِناَتَيآلا ْنِم ِرِخآ ِةَرْوُس ِةِرَقَبْلا ْنَم اَمُهَأَرَق ىِف ٍةَلْيَل ُهاَتَفَك
“Dua ayat daripada akhir surah al-Baqarah, sesiapa
membacanya pada malam
nescaya memadailah
baginya ”. (Riwayat Bukhari). - Membaca ayat Kursi. - Boleh juga bertasbih,
bertahmid dan bertakbir 33
kali setiap satu. 4. Orang yang tidak dapat
bangun malam adalah rugi
kerana sabda Nabi s.a.w. : َكاَذ ٌلُجَر َلاَب ُناَطْيَّشلا ىِف
ِهْيَنُذُأ
“Itulah orang yang mana syaitan telah kencing dalam
telinganya ”. (Riwayat Muslim). Makna kencing boleh difahami
secara zahir. Boleh juga
difahami bahawa syaitan
berjaya menghalangnya
daripada mendengar azan dan
zikir. 5. Syaitan juga membawa
mimpi-mimpi ngeri bagi
menjadikan manusia berada
dalam sedih. Seorang lelaki
menceritakan kepada Nabi
s.a.w. bahawa dia melihat dalam mimpi bahawa kepala
telah dipukul. Nabi s.a.w.
menasihatkannya dengan
sabdanya : َال ِثِّدَحُت َساَّنلا ِبُّعَلَتِب ِناَطْيَّشلا َكِب ىِف َكِماَنَم
“Jangan kamu ceritakan kepada manusia dengan
permainan syaitan kepadamu
dalam tidurmu”. (Riwayat Muslim). 6. Syaitan ketawa apabila
seseorang menguap kerana ia
tanda kemalasan. Sabda Nabi
s.a.w. : اَّمَأَو ُبُؤاَثَّتلا َوُهَف َنِم ِناَطْيَّشلا ُهَّدُرَيْلَف اَم َعاَطَتْسا
“Adapun menguap maka ia dari syaitan maka tolaklah ia
semampunya ”. (Riwayat Muslim). Sebenarnya syaitan mungkin
masuk ke dalam badan
manusia ketika menguap
apabila mulut tidak di tutup.
Sabda Nabi s.a.w. : اَذِإ َبَءاَثَت ْمُكُدَحَأ ْكِسْمُيْلَف ِهِدَيِب ىَلَع ِهْيِف َّنِإَف َناَطْيَّشلا
ُلُخْدَي
“Apabila seseorang kamu menguap maka letakkanlah
tangannya atas mulutnya
kerana syaitan akan masuk ”. (Riwayat Muslim). 7. Syaitan juga bertenggek
atas batang hidung setiap
manusia. Sebab itu digalakkan
membersihkan hidung kerana
diriwayatkan sabda Nabi
s.a.w. : اَذِإ َظَقْيَتْسا ْمُكُدَحَأ ْنِم ِهِماَنَم ْرِثْنَتْسَيْلَف َثَالَث ٍتاَّرَم َّنِإَف َناَطْيَّشلا ُتْيِبَي ىَلَع
ِهِمْيِشاَيَخ
“Apabila seseorang kamu bangun daripada tidur maka
bersihkanlah hidungnya tiga
kali kerana syaitan bermalam
di atas hidungnya ”. 8. Syaitan mewas-waskan
manusia. Asalnya syaitan ingin
merosakkan manusia tetapi
jika manusia itu seorang
mukmin, maka syaitan hanya
mampu menimbulkan was was dalam hatinya. Pun begitu penyakit was was
perlu diubati kerana ia
berpunca daripada syaitan. 9. Was was yang paling utama
ialah ketika solat. Seorang
sahabat mengadu masalah ini
ketika solat kepada Nabi
s.a.w.
Sabda Nabi s.a.w. : َكاَذ ٌناَطْيَش ُلاَقُي ُهَل بَزْنَخ اَذِإَف ُهَتْسَسْحَأ ْذَّوَعَتَف ِهللاِب ُهْنِم ْلُفْتاَو ىَلَع َكِراَسَي اًثَالَث
“Itulah syaitan yang dipanggil Khanzab. Apabila kamu
merasainya maka
berlindunglah kepada Allah
dan ludahlah di sebelah kirimu
sebanyak tiga kali ”. (Riwayat Muslim). Biasa juga syaitan akan
mengkhayalkan seseorang
yang bersolat. Misalnya dia
mencari sesuatu benda seperti
kunci tetapi tidak dijumpai. Apabila bersolat barulah dia
teringat di mana kunci itu
berada. Oleh itu dia akan
terfikir macam mana kunci itu
berada di situ. Akhirnya dia
tidak khusyuk dalam solat. Sabda Nabi s.a.w. : َّنِإ ْمُكَدَحَأ اَذِإ َماَق يِّلَصُي ُهَءاَج ُناَطْيَّشلا َسَّبَلَف ِهْيَلَع ىَّتَح َال يِرْدَي ْمَك ىَّلَص ، اَذِإَف َدَجَو َكِلَذ ْمُكُدَحَأ ْدُجْسَيْلَف ِنْيَتَدْجَس َوُهَو
ٌسِلاَج
“Sesungguhnya apabila seseorang kamu bangun untuk
bersolat, syaitan akan datang
kepadanya lalu
mewaswaskannya hingga dia
tidak sedari berapa rakaat
yang dia telah tunaikan. Maka apabila kamu mendapati
berlaku yang demikian maka
sujudlah dua kali sujud dalam
keadaan duduk ”. (Riwayat Muslim). 10. Lupa juga berpunca
daripada syaitan.
Firman Allah menceritakan
kalam sahabat Nabi Musa a.s. : اَمَو ُهْيِناَسْنَأ َّالِإ ُناَطْيَّشلا
“Dan tidaklah membuat aku lupa melainkan syaitan ”. (Surah al-Kahfi : 63). Begitu juga ingatan Nabi Yusuf
kepada teman penjaranya
agar menyebut kisahnya
kepada raja namun dia
terlupa. Firman Allah : َلاَقَو يِذَّلِل َّنَظ ُهَّنَأ ٍجاَن اَمُهْنِم يِنْرُكْذا َدْنِع َكِّبَر ُهاَسْنَأَف
ُناَطْيَّشلا
“Dan Yusuf berkata kepada salah seorang temannya yang
disangkanya akan keluar dari
penjara agar menyebutnya
kepada rajanya lalu syaitan
telah melupakannya ”. (Surah Yusuf : 42). Akhirnya tujuan utama ialah
agar lupa kepada Allah.
Firman Allah : َذَوْحَتْسا ُمِهْيَلَع ُناَطْيَّشلا ْمُهاَسْنَأَف َرْكِذ ِهللا
“Syaitan menguasai atas mereka lalu syaitan
melupakan mereka daripada
mengingati Allah”. (Surah al- Mujadalah : 19). 11. Syaitan juga akan
berusaha agar umat Islam
sentiasa berada dalam
permusuhan dan
persengketaan sesama sendiri.
Sabda Nabi s.a.w. : َّنِإ َناَطْيَّشلا ْدَق َسِيَأ ْنَأ ُهَدُبْعَي َنْوُّلَصُمْلا ىِف ِةَرْيِزَج ِبَرَعْلا ْنِكَلَو ىِف ِشْيِرْحَّتلا ْمُهَنْيَب
“Sesungguhnya syaitan telah putus asa agar manusia
beriman menyembahnya di
tanah Arab tetapi masih
mampu mewujudkan
persengketaan sesama
mereka ”. (Riwayat Muslim). Oleh kerana itu, setiap muslim
dilarang membuat apa-apa
tindakan yang boleh
menyalakan api permusuhan
seperti mengacukan senjata
kepada muslim yang lain. Sabda Nabi s.a.w. : َال َّنَرْيِشُي ْمُكُدَحَأ ىَلِإ ِهْيِخَأ ِحَالِّسلاِب ُهَّنِإَف َال يِرْدَي َّلَعَل َناَطْيَّشلا ْنَأ َغِزْنَي ىِف ِهِدَي عَقَيَف ىِف ٍةَرْفَح َنِم ِراَّنلا
“Janganlah seseorang kamu mengacukan kepada
saudaranya dengan senjata.
Kemungkinan dia tidak
menyedari bahawa syaitan
akan menarik tangannya lalu
dia terjatuh dalam lubang neraka ”. (Riwayat Bukhari). 12. Akhir sekali, syaitan
sentiasa bekerja bagi
menyesatkan manusia.
Apa yang disebutkan sebelum
ini hanya sekadar beberapa
peranan syaitan sahaja. Lebih umum apa yang digambarkan
dalam satu hadis : اَذِإ َحَبْصَأ ُسْيِلْبِإ َّثَب ُهَدْوُنُج ىِف ِضْرَألْا ُلْوُقَيَف : ْنَم َّلَضَأ اًمِلْسُم ُهُتْسَبْلَأ َجاَّتلا . ُلْوُقَيَف ُهَل ُلِئاَقْلا : ْمَل ْلَزَأ ٍنَالُفِب ىَّتَح َقَّلَط ُهَتَأَرْما … ْمَل ْلَزَأ ٍنَالُفِب ىَّتَح ىَنَز … ْمَل ْلَزَأ ٍنَالُفِب ىَّتَح َبِرَش َرْمَخْلا … . ْمَل ْلَزَأ ٍنَالُفِب ىَّتَح َلَتَق … “Apabila pagi menjelma, Iblis akan menghantar tenteranya
di bumi lalu bertitah : “Sesiapa yang berjaya menyesatkan
seorang muslim, aku akan
pakaikan kepadanya
mahkota ”. Selepas itu ada yang berkata :
“Aku sentiasa bersama fulan hinggalah dia menceraikan
isterinya ”. Ada yang berkata : “Aku sentiasa bersama fulan
hinggalah dia berzina”. Ada yang berkata : “Aku sentiasa bersama fulan
hinggalah dia minum arak”. Ada yang berkata : “Aku sentiasa bersama fulan
hinggalah dia membunuh” (Riwayat Ahmad).

Tidak ada komentar:

Posting Komentar