Minggu, 24 April 2011

RAHASIA SHOLAT 5 WAKTU

Ali bin Abi Talib r.a. berkata, “Sewaktu Rasullullah SAW duduk bersama para
sahabat Muhajirin dan Ansar, maka
dengan tiba-tiba datanglah satu
rombongan orang-orang Yahudi lalu
berkata, ‘Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-
kalimat yang telah diberikan oleh
Allah kepada Nabi Musa A.S. yang
tidak diberikan kecuali kepada para
Nabi utusan Allah atau malaikat
muqarrab.’

Lalu Rasullullah SAW bersabda,
‘Silahkan bertanya.

’ Berkata orang Yahudi, ‘Coba terangkan kepada kami tentang 5
waktu yang diwajibkan oleh Allah ke
atas umatmu.

’ Sabda Rasullullah saw,
-‘Shalat Zuhur jika tergelincir matahari, maka
bertasbihlah segala sesuatu kepada
Tuhannya.
- Shalat Asar itu ialah saat
ketika Nabi Adam a.s. memakan buah
khuldi.
-Shalat Maghrib itu adalah saat
Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bershalat
Maghrib dengan ikhlas dan kemudian
dia berdoa meminta sesuatu pada
Allah maka pasti Allah akan
mengkabulkan permintaannya.
-Shalat
Isyak itu ialah shalat yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku.
- Shalat
Subuh adalah sebelum terbit matahari.
Ini kerana apabila matahari terbit,
terbitnya di antara dua tanduk syaitan
dan di situ sujudnya setiap orang
kafir.

’ Setelah orang Yahudi mendengar
penjelasan dari Rasullullah saw, lalu
mereka berkata, ‘Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.
Katakanlah kepada kami apakah
pahala yang akan diperoleh oleh
orang yang shalat
.’ Rasullullah SAW bersabda, ‘Jagalah waktu-waktu shalat terutama shalat
yang pertengahan. Shalat Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka
Jahanam. Orang-orang mukmin yang
mengerjakan shalat pada ketika itu
akan diharamkan ke atasnya uap api
neraka Jahanam pada hari Kiamat. ’ Sabda Rasullullah saw lagi, ‘Manakala shalat Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.
Orang-orang mukmin yang
mengerjakan shalat Asar akan
diampunkan dosanya seperti bayi
yang baru lahir.’ Selepas itu Rasullullah saw membaca
ayat yang bermaksud, ‘Jagalah waktu-waktu shalat terutama sekali
shalat yang pertengahan. Shalat Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima.
Seorang mukmin yang ikhlas
mengerjakan shalat Maghrib
kemudian meminta sesuatu daripada
Allah, maka Allah akan perkenankan. ’ Sabda Rasullullah saw, ‘Shalat Isya ’ (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga
pada hari Kiamat, maka seorang
mukmin yang berjalan dalam malam
yang gelap untuk pergi menunaikan
shalat Isyak berjamaah, Allah S.W.T
haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan
kepadanya cahaya untuk
menyeberangi Titian Sirath.’ Sabda Rasullullah saw seterusnya,
‘Shalat Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan shalat
Subuh selama 40 hari secara
berjamaah, diberikan kepadanya oleh
Allah S.W.T dua kebebasan yaitu:
1. Dibebaskan daripada api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq. Setelah orang Yahudi mendengar
penjelasan daripada Rasullullah saw,
maka mereka berkata, ‘Memang benarlah apa yang kamu katakan itu
wahai Muhammad (saw). Kini katakan
pula kepada kami semua, kenapakah
Allah S.W.T mewajibkan puasa 30 hari
ke atas umatmu ?’ Sabda Rasullullah saw, ‘Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi
yang dilarang, lalu makanan itu
tersangkut dalam perut Nabi Adam
a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah
S.W.T mewajibkan ke atas keturunan
Adam a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu
malam itu adalah sebagai kurnia Allah
S.W.T kepada makhluk-Nya. ’ Kata orang Yahudi lagi, ‘Wahai Muhammad, memang benarlah apa
yang kamu katakan itu. Kini
terangkan kepada kami mengenai
ganjaran pahala yang diperolehi
daripada berpuasa itu.’ Sabda Rasullullah saw, ‘Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan
Ramadhan dengan ikhlas kepada
Allah S.W.T, dia akan diberikan oleh
Allah S.W.T 7 perkara: 1. Akan dicairkan daging haram yang
tumbuh dari badannya (daging yang
tumbuh daripada makanan yang
haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat
dengannya. 3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan daripada merasa lapar
dan dahaga.
5. Diringankan baginya siksa kubur
(siksa yang amat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T pada hari Kiamat untuk menyeberang
Titian Sirath.
7. Allah S.W.T akan memberinya
kemudian di syurga. ’ Kata orang Yahudi, ‘Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.
Katakan kepada kami kelebihanmu di
antara semua para nabi.’ Sabda Rasullullah saw, ‘Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya
untuk membinasakan umatnya, tetapi
saya tetap menyimpankan doa saya
(untuk saya gunakan memberi syafaat
kepada umat saya di hari kiamat). ’ Kata orang Yahudi, ‘Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Kini
kami mengakui dengan ucapan
Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka
Rasulullah (kami percaya bahawa
tiada Tuhan melainkan Allah dan
engkau utusan Allah). ’ Sedikit peringatan untuk kita semua: “Dan sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan
sedikit ketakutan, kelaparan,
kekurangan harta, jiwa dan buah-
buahan. Dan berilah berita gembira
kepada orang-orang yang
sabar.” (Surah Al-Baqarah: ayat 155) “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya. Ia mendapat
pahala (dari kebajikan) yang
diusahakannya dan ia mendapat siksa
(dari kejahatan) yang
dikerjakannya. ” (Surah Al-Baqarah: ayat 286)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar