Rabu, 02 Maret 2011

11 JENIS MANUSIA SENANTIASA DI DOAKAN OLEH MALAIKAT

Oleh : Muh.yasin fii sabilillah

1. Orang yang tidur dalam keadaan
bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda,
maksudnya: "Sesiapa yang tidur
dalam keadaan suci, malaikat akan
bersamanya di dalam pakaiannya. Dia
tidak akan bangun hingga malaikat
berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba- Mu si fulan kerana tidur dalam
keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk
menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda
maksudnya: "Tidaklah salah seorang
antara kalian yang duduk menunggu
solat, selama ia berada dalam keadaan
suci, kecuali kalangan malaikat akan
mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan
solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda,
maksudnya: "Sesungguhnya Allah
dan kalangan malaikat-Nya
berselawat ke atas (orang) yang
berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf
pada solat berjemaah (tidak
membiarkan kekosongan di dalam
saf).

Rasulullah s.a.w bersabda,
maksudnya: "Sesungguhnya Allah
dan kalangan malaikat selalu
berselawat kepada orang yang
menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika
seorang imam selesai membaca al-
Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda
maksudnya: "Jika seorang imam
membaca...(ayat terakhir al-Fatihah
sehingga selesai), ucapkanlah oleh
kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang
ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni
dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat
solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda,
maksudnya: "Kalangan malaikat akan
selalu berselawat kepada satu antara
kalian selama ia ada di dalam tempat
solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat
Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda
maksudnya: "Kalangan malaikat
berkumpul pada saat solat Subuh lalu
malaikat (yang menyertai hamba)
pada malam hari (yang sudah
bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada
siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi
pada waktu solat Asar dan malaikat
yang ditugaskan pada siang hari
(hingga solat Asar) naik (ke langit)
sedangkan malaikat yang bertugas
pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka:
"Bagaimana kalian meninggalkan
hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang
sedangkan mereka sedang
melakukan solat dan kami tinggalkan
mereka sedangkan mereka sedang
melakukan solat, ampunilah mereka
pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan
saudaranya tanpa pengetahuan
orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda,
maksudnya: "Doa seorang Muslim
untuk saudaranya yang dilakukan
tanpa pengetahuan orang yang
didoakannya adalah doa yang akan
dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil
baginya, setiap kali dia berdoa untuk
saudaranya dengan sebuah kebaikan,
malaikat itu berkata 'aamiin dan
engkau pun mendapatkan apa yang
ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan
harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda,
maksudnya: "Tidak satu hari pun di
mana pagi harinya seorang hamba
ada padanya kecuali dua malaikat
turun kepadanya, satu antara kedua-
duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan
sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda
maksudnya: "Sesungguhnya Allah
dan kalangan malaikat-Nya
berselawat kepada orang yang
sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk
(melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda,
maksudnya: "Tidaklah seorang
mukmin menjenguk saudaranya
kecuali Allah akan mengutus 70,000
malaikat untuknya yang akan
berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam
hingga Subuh."

1 komentar:

  1. Saya ijin copas ,,
    Semoga allah membalas kebaikan anda (muh.yasin fii sabilillah )dengan rahmatnya , amin ya raball allamin.

    BalasHapus