Sabtu, 05 Maret 2011

TANDA TANDA KEMATIAN

Tanda-tanda kematian

1. 100 hari : Seluruh badan
rasa bergegar.

2. 60 hari : Pusat rasa
bergerak-gerak.

3. 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash
akan jatuh dan malaikat maut
pun datang kepada orang
dengan nama tersebut lalu
mendampinginya sehingga
saat kematiannya. Kadang- kadang orang yang akan mati
itu akan merasa atau nampak
kehadiran malaikat maut
tersebut dan akan sering
kelihatan seperti sedang
rungsing.

4. 7 hari : Mengidam makanan.

5. 5 hari : Anak lidah bergerak-
gerak.

6. 3 hari : Bahagian tengah di
dahi bergerak-gerak.

7. 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

8. 1 hari : Terasa bahagian
ubun bergerak-gerak di antara
waktu subuh dan ashar.

9. Saat akhir : Terasa sejuk dari
bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian
belakang badan) Seelok-
eloknya bila sudah merasa
tanda yang akhir sekali,
mengucap dalam keadaan
qiam and jangan lagi bercakap-cakap.
******Bila Malaikat Mencabut
Nyawa******
Baginda Rasullullah S.A.W
bersabda :
“ Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan
masuklah satu kumpulan
malaikat ke dalam lubang-
lubang kecil dalam badan dan
kemudian mereka menarik
rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga
sampai ke lutut. Setelah itu
datang pula sekumpulan
malaikat yang lain masuk
menarik roh dari lutut hingga
sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.
Datang lagi satu kumpulan
malaikat yang lain masuk dan
menarik rohnya dari perut
hingga sampai ke dada dan
kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi
satu kumpulan malaikat
masuk dan menarik roh dari
dadanya hingga sampai ke
kerongkong dan itulah yang
dikatakan saat nazak orang itu.” Sambung Rasullullah S.A.W.
lagi:
“ Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka
malaikat Jibril A.S. akan
menebarkan sayapnya yang
disebelah kanan sehingga
orang yang nazak itu dapat
melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang
beriman itu melihat syurga,
maka dia akan lupa kepada
orang yang berada
disekelilinginya. Ini adalah
kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus
pandangannya kepada sayap
Jibril A.S. ” Kalau orang yang nazak itu
orang munafik, maka Jibril A.S.
akan menebarkan sayap
disebelah kiri. Maka orang
yang nazak tu dapat melihat
kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak
lagi melihat orang di
sekelilinginya. Ini adalah
kerana terlalu takutnya
apabila melihat neraka yang
akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahwa
apabila Allah S.W.T.
menghendaki seorang
mukmin itu dicabut nyawanya
maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut
hendak mencabut roh orang
mukmin itu dari arah mulut
maka keluarlah zikir dari
mulut orang mukmin itu
dengan berkata: “ Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui
jalan ini kerana orang ini
sentiasa menjadikan lidahnya
berzikir kepada Allah S.W.T. ” Setelah malaikat maut
mendengar penjelasan itu,
maka dia pun kembali kepada
Allah S.W.T. dan menjelaskan
apa yang diucapkan oleh lidah
orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang
bermaksud:
“ Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah
lain. ” Sebaik saja malaikat maut
mendapat perintah Allah S.W.T.
maka malaikat maut pun cuba
mencabut roh orang mukmin
dari arah tangan. Tapi
keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu,
keluarlah usapan kepala anak-
anak yatim dan keluar
penulisan ilmu.
Maka berkata tangan : Tidak
ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin
dari arah ini, tangan ini telah
mengeluarkan sedekah,
tangan ini mengusap kepala
anak-anak yatim dan tangan
ini menulis ilmu pengetahuan.” Oleh kerana malaikat maut
gagal untuk mencabut roh
orang mukmin dari arah
tangan maka malaikat maut
cuba pula dari arah kaki.
Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab
kaki berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana
kaki ini sentiasa berjalan
berulang alik mengerjakan
solat dengan berjemaah dan
kaki ini juga berjalan
menghadiri majlis-majlis ilmu.” Apabila gagal malaikat maut,
mencabut roh orang mukmin
dari arah kaki, maka malaikat
maut cuba pula dari arah
telinga. Sebaik saja malaikat
maut menghampiri telinga maka telinga pun
berkata: ”Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana
telinga ini sentiasa mendengar
bacaan Al-Quran dan zikir. ” Akhir sekali malaikat maut
cuba mencabut orang mukmin
dari arah mata tetapi baru saja
hendak menghampiri mata
maka berkata mata: ”Tidak ada jalan bagimu dari arah ini
sebab mata ini sentiasa
melihat beberapa mushaf dan
kitab-kitab dan mata ini
sentiasa menangis kerana
takutkan Allah. ”Setelah gagal maka malaikat maut kembali
kepada Allah S.W.T.
Kemudian Allah S.W.T.
berfirman yang bermaksud :
“ Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu
dan tunjukkan kepada roh
orang yang beriman itu. ” Sebaik saja mendapat perintah
Allah S.W.T. maka malaikat
maut menghampiri roh orang
itu dan menunjukkan Asma
Allah S.W.T. Sebaik saja melihat
Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka
keluarlah roh tersebut dari
arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya
tentang kemana roh pergi
setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar
R.A: ”Roh itu menuju ketujuh tempat :
1. Roh para Nabi dan utusan
menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke
Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga
Illiyyina.
4. Roh para shuhada
berterbangan seperti burung di
syurga mengikut kehendak
mereka. 5. Roh para mukmin yang
berdosa akan tergantung di
udara tidak di bumi dan tidak
di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang
beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan
berada dalam neraka Sijjin,
mereka diseksa berserta
jasadnya hingga sampai hari
Kiamat. ” Telah bersabda Rasullullah
S.A.W: Tiga kelompok manusia
yang akan dijabat tangannya
oleh para malaikat pada hari
mereka keluar dari kuburnya:
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang
mengerjakan solat malam
dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari
Arafah. Sekian untuk ingatan kita
bersama.
Wassallam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar