Senin, 09 Mei 2011

RASULULLAH DI PADANG MASYAR

Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin
Muzahim daripada Abbas ra, bapa
saudara Rasulullah SAW dari
Rasulullah SAW telah bersabda, yang
bermaksud: “Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur
(bumi) pada hari kiamat yang tiada
kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada
hari kiamat yang tiada kemegahan.
Bendera pujian di tanganku dan nabi-
nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah
umat yang terbaik. Mereka adalah
umat yang pertama dihisab sebelum
umat yang lain. Ketika mereka bangkit
dari kubur, mereka akan mengibas
(membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan
berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami
bersaksi bahawa Muhammad itu
Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan
oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh
para rasul.” Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah
Muhammad SAW. Jibril as akan datang
kepadanya bersama seekor Buraq.
Israfil pula datang dengan membawa
bersama bendera dan mahkota. Izrail
pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian
syurga.” Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW ?” Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku
hancur. Telah hilang segala lingkaran,
tanda dan gunung-ganangku. Aku
tidak tahu dimana kubur Muhammad
SAW. ” Rasulullah SAW bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya
dari kubur Nabi Muhammad SAW ke
awan langit. Maka, empat malaikat
berada di atas kubur. ” Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik !” Maka, kubur terbelah dua. Pada
seruan yang kedua pula, kubur mula
terbongkar. Pada seruan yang ketiga,
ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda
SAW telah membuang tanah di atas
kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri.
Baginda SAW dapati, tiada lagi
bangunan. Baginda SAW menangis
sehingga mengalir air matanya ke pipi. Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya
kamu di sisi Allah Taala di tempat yang
luas.” Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini ?” Jibril as menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut!
Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian
dan penyesalan. Inilah hari
pembentangan Allah Taala. ” Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku !” Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?” Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku. ” Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang
terpacak di atasmu ?” Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya
kepadamu akan umatku. Di mana
perjanjian mereka ?” Jibril as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh
bumi daripada manusia, sebelummu?” Baginda SAW bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari
ini. Aku akan mensyafaatkan
umatku. ” Jibril as berkata kepada baginda SAW:
“Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke
hadapan Tuhanmu!” Jibril as datang bersama Buraq ke
arah Nabi Muhammad SAW. Buraq
cuba meronta-ronta. Jibril as berkata
kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk
yang paling baik dicipta oleh Allah
Taala? Sudahkah Allah Taala
perintahkan kepadamu agar
mentaatinya?” Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia
mensyafaatiku agar memasuki syurga
sebelum dia menunggangku.
Sesungguhnya, Allah Taala akan
datang pada hari ini di dalam keadaan
marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.” Baginda SAW bersabda kepada Buraq:
“Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi
syafaat kepadamu. ” Setelah berpuas hati, Buraq
membenarkan baginda SAW
menunggangnya lalu dia melangkah.
Setiap langkahan Buraq sejauh
pandangan mata. Apabila Nabi
Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang
putih, malaikat Israfil as menyeru:
“Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah
reput, rambut-rambut yang
bertaburan dan urat-urat yang
terputus-putus! Bangkitlah kamu dari
perut burung, dari perut binatang
buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang
Maha Perkasa. Roh-roh telah diletakkan di dalam
tanduk atau sangkakala. Di dalamnya
ada beberapa tingkat dengan
bilangan roh makhluk. Setiap roh,
akan didudukkan berada di dalam
tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan
kehidupan akan air yang sangat
pekat seperti air mani lelaki.
Daripadanya, terbinalah tulang-tulang.
Urat-urat memanjang. Daging kulit
dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas
sebahagian tubuh tanpa roh. Allah Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut
dan hidupkan mereka dengan izinKu
akan penghuni kubur. Sebahagian
mereka adalah golongan yang
gembira dan suka. Sebahagian dari
mereka adalah golongan yang celaka dan derita.” Malaikat Israfil as menjerit: “Wahai roh- roh yang telah hancur! Kembalilah
kamu kepada tubuh-tubuh mu.
Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan
di hadapan Tuhan semesta alam.” Allah Taala berfirman:
“Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada
tubuh-tubuhnya!” Apabila roh-roh mendengar sumpah
Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk
mencari jasad mereka. Maka,
kembalilah roh pada jasadnya. Bumi
pula terbongkar dan mengeluarkan
jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing
melihat. Nabi SAW duduk di padang pasir
Baitul Maqdis, melihat makhluk-
makhluk. Mereka berdiri seperti
belalang yang berterbangan. 70 umat
berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW
merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke
arah mereka. Mereka seperti
gelombang lautan. Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke
tempat perhimpunan yang telah
disediakan oleh Allah Taala. ” Umat-umat datang di dalam keadaan
satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi
Muhammad SAW berjumpa satu umat,
baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku ?” Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir. ” Apabila nabi Isa as datang, Jibril as
menyeru: Tempatmu!” Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis. Nabi Muhammad SAW berkata:
“Mengapa kamu berdua menangis. ” Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?” Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku ?” Jibril as berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan
perlahan.” Apabila mendengar cerita demikian,
Nabi Muhammad SAW menangis lalu
bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa ?” Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW !” Apabila Nabi Muhammad SAW melihat
mereka, mereka gembira dan
mengucapkan selawat kepada
baginda SAW dengan apa yang telah
Allah Taala muliakannya. Mereka
gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW
juga gembira terhadap mereka. Nabi
Muhammad SAW bertemu umatnya
yang berdosa. Mereka menangis serta
memikul beban di atas belakang
mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!” Air mata mereka mengalir di pipi.
Orang-orang zalim memikul kezaliman
mereka. Nabi Muhammad SAW
bersabda: “Wahai umatku. ” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya
menangis. Ketika mereka di dalam keadaan
demikian, terdengar dari arah Allah
Taala seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?” Jibril as berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam. ” Allah Taala berfirman di dalam
keadaan Dia amat mengetahui sesuatu
yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad SAW ?” Jibril as berkata: “Mereka adalah sebaik umat. ” Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu
Muhammad SAW bahawa umatnya
akan datang untuk ditayangkan di
hadapanKu. ” Jibril as kembali di dalam keadaan
menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang
untuk ditayangkan kepada Allah
Taala.” Nabi Muhammad SAW berpaling ke
arah umatnya lalu berkata:
“Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah
Taala.” Orang-orang yang berdosa menangis
kerana terkejut dan takut akan azab
Allah Taala. Nabi Muhammad SAW
memimpin mereka sebagaimana
pengembala memimpin ternakannya
menuju di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik
kepadaKu tuduhan apa-apa yang
telah diperdengarkan bagi kamu dan
kamu semua melakukan dosa !” Hamba-hamba Allah Taala terdiam.
Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan
apa yang telah mereka usahakan. Hari
ini, Aku akan memuliakan sesiapa
yang mentaatiKu. Dan, Aku akan
mengazab sesiapa yang menderhaka
terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah
kepadanya, bawakan Jahanam !” Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga
neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu
agar membawa Jahanam.” Malik bertanya: “Apakah hari ini ?” Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan
untuk membalas setiap jiwa dengan
apa yang telah mereka usahakan. ” Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan
makhluk ?” Jibril menjawab: “Ya!” Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?” Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!” Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran
terhadap kepanasan nyalaan
Jahanam apabila mereka melintasinya
sedangkan mereka semua adalah
umat yang lemah?” Jibril berkata: “Aku tidak tahu !” Malik menjerit ke arah neraka dengan
sekali jeritan yang menggerunkan.
Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya.
Neraka mempunyai tiang-tiang yang
keras, kuat dan panjang. Api
dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan
bercucuran air mata mereka
(semuanya menangis). Air mata sudah terhenti manakala air
mata darah manusia mengambil alih.
Kanak-kanak mula beruban rambut.
Ibu-ibu yang memikul anaknya
mencampakkan mereka. Manusia
kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk. ^ Kembali ke atas ^ Rasulullah SAW Membela Umatnya Di padang mahsyar orang yang mula-
mula berusaha ialah nabi Ibrahim as.
Baginda bergantung dengan asap
Arsy yang naik lalu menyeru:
“TuhanKu dan Penguasaku! Aku adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah
kedudukanku pada hari ini! Aku tidak
meminta kejayaan Ishak dan anakku
pada hari ini.” Allah Taala berfirman: “Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat Kekasih
mengazab kekasihnya. ” Nabi Musa as datang. Baginda
bergantung dengan asap Arsy yang
naik lalu menyeru: “KalamMu. Aku tidak meminta kepadaMu melainkan
diriku. Aku tidak meminta saudaraku
Harun. Selamatkanlah aku dari kacau
bilau Jahanam!” Isa as datang di dalam keadaan
menangis. Baginda bergantung
dengan Arsy lalu menyeru:
“Tuhanku … Penguasaku.. Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak meminta
melainkan diriku. Selamatkanlah aku
dari kacau bilau Jahanam !” Suara jeritan dan tangisan semakin
kuat. Nabi Muhammad SAW menyeru:
“Tuhanku.. Penguasaku Penghuluku …. !Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku
meminta untuk umatku dariMu !” Ketika itu juga, neraka Jahanam
berseru: “Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya ?” Neraka pula berseru: “Wahai Tuhanku … Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah
Muhammad dan umatnya dari
seksaannya! Selamatkanlah mereka
dari kepanasanku, bara apiku,
penyeksaanku dan azabku!
Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar
dengan penyeksaan. ” Malaikat Zabaniah menolaknya
sehingga terdampar di kiri Arsy.
Neraka sujud di hadapan Tuhannya. Allah Taala berfirman: “Di mana matahari?” Maka, matahari dibawa mengadap Allah Taala. Ia berhenti di
hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya:
“Kamu! Kamu telah memerintahkan hambaKu untuk sujud kepada kamu ?” Matahari menjawab. “Tuhanku! Maha Suci diriMu! Bagaimana aku harus
memerintahkan mereka berbuat
demikian sedangkan aku adalah
hamba yang halus?” Allah Taala berfirman: “Aku percaya !” Allah Taala telah menambahkan
cahaya dan kepanasannya sebanyak
70 kali ganda. Ia telah dihampirkan
dengan kepala makhluk. ” Ibnu Abbas r.h. berkata: “Peluh manusia bertiti dan sehingga mereka
berenang di dalamnya. Otak-otak
kepala mereka menggeleggak seperti
periuk yang sedang panas. Perut
mereka menjadi seperti jalan yang
sempit. Air mata mengalir seperti air mengalir.
Suara ratap umat-umat manusia
semakin kuat. Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi
sedih. Air matanya telah hilang dan
kering dari pipinya. Sekali, baginda
SAW sujud di hadapan Arsy dan sekali
lagi, baginda SAW rukuk untuk
memberi syafaat bagi umatnya. Para Nabi melihat keluh kesah dan
tangisannya. Mereka berkata: “Maha Suci Allah! Hamba yang paling
dimuliakan Allah Taala ini begitu
mengambil berat, hal keadaan
umatnya. Daripada Thabit Al-Bani, daripada
Usman Am Nahari berkata: “Pada suatu hari Nabi SAW menemui Fatimah
Az-Zahara ’ r.h. Baginda SAW dapati, dia sedang menangis.” Baginda SAW bersabda: “Permata hatiku! Apa yang menyebabkan
dirimu menangis?” Fatimah menjawab: “Aku teringat akan firman Allah Taala. ” “Dan, kami akan mehimpunkan, maka Kami tidak akan mengkhianati walau
seorang daripada mereka. ” Lalu Nabi SAW pun menangis. Baginda
SAW bersabda: “Wahai permata hatiku! Sesungguhnya, aku teringat
akan hari yang terlalu dahsyat.
Umatku telah dikumpulkan pada hari
kiamat dikelilingi dengan perasaan
dahaga dan telanjang. Mereka
memikul dosa mereka di atas belakang mereka. Air mata mereka
mengalir di pipi.” Fatimah r.h. berkata: “Wahai bapaku! Apakah wanita tidak merasa malu
terhadap lelaki ?” Baginda SAW menjawab: “Wahai Fatimah! Sesungguhnya, hari itu,
setiap orang akan sibuk dengan
untung nasib dirinya. Adapun aku
telah mendengar Firman Allah Taala: ” Bagi setiap orang dari mereka, di hari
itu atau satu utusan yang melalaikan
dia. ( Abasa: 37) Fatimah ra. bertanya: “Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari
kiamat nanti, wahai bapaku ?” Baginda SAW menjawab: “Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika
aku sedang memberi minum umatku. ” Fatimah r.h. bertanya lagi: “Sekiranya aku dapati kamu tiada di telaga ?” Baginda SAW bersabda: “Kamu akan menjumpaiku di atas Sirat sambil
dikelilingi para Nabi. Aku akan
menyeru: “Tuhan Kesejahteraan! Tuhan Kesejahteraan! Para malaikat
akan menyambut: “Aamiin. ” Ketika itu juga, terdengar seruan dari
arah Allah Taala lalu berfirman:
“Nescaya akan mengikuti kata- katanya pada apa yang kamu
sembah.” Setiap umat akan berkumpul dengan
sesuatu yang mereka sembah. Ketika
itu juga, neraka Jahanam melebarkan
tengkuknya lalu menangkap mereka
sebagaimana burung mematuk
kacang. Apabila seruan dari tengah Arsy
kedengaran, maka manusia yang
menyembahNya datang beriring.
Sebahagian daripada orang yang
berdiri di situ berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW !” Allah Taala berfirman kepada mereka:
“Mengapa kamu tidak mengikuti orang yang kamu sembah ?” Mereka berkata: “Kami tidak menyembah melainkan Tuhan Kami.
Dan, kami tidak menyembah
selainNya.” Mereka ditanya lagi: “Kami mengenali Tuhan kamu ?” Mereka menjawab: “Maha Suci diriNya! Tiada yang kami kenali selainNya. ” Apabila ahli neraka dimasukkan ke
dalamnya untuk diazab, umat
Muhammad SAW mendengar bunyi
pukulan dan jeritan penghuni neraka.
Lalu malaikat Zabaniah mencela
mereka. Mereka berkata: “Marilah kita pergi meminta syafaat kepada
Muhammad SAW !” Manusia berpecah kepada tiga
kumpulan.
1. Kumpulan orang tua yang menjerit-
jerit.
2. Kumpulan pemuda.
3. Wanita yang bersendirian mengelilingi mimbar-mimbar. Mimbar para Nabi didirikan di atas
kawasan lapang ketika kiamat.
Mereka semua berminat terhadap
mimbar Nabi Muhammad SAW. Mimbar
Nabi Muhammad SAW terletak
berhampiran dengan tempat berlaku kiamat. Ia juga merupakan mimbar
yang paling baik, besar dan cantik.
Nabi adam as dan isterinya Hawa
berada di bawah mimbar Nabi SAW. Hawa melihat ke arah mereka lalu
berkata: “Wahai Adam! Ramai dari zuriatmu dari umat Muhammad SAW
serta cantik wajah mereka. Mereka
menyeru: “Di mana Muhammad?” Mereka berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW. Semua umat telah
mengiringi apa yang mereka sembah.
Hanya tinggal kami sahaja. Matahari di
atas kepala kami. Ia telah membakar
kami. Neraka pula, cahaya juga telah
membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu tolonglah kami agar
memohon kepada Allah Taala untuk
menghisab kami dengan segera! Sama
ada kami akan pergi ke syurga atau
neraka. ” Nabi Adam as berkata: “Pergilah kamu dariku! Sesungguhnya aku sibuk
dengan dosa-dosaku. Aku
mendengar firman Allah Taala: Dan
dosa Adam terhadap Tuhannya
kerana lalai. Mereka pergi berjumpa
nabi Nuh as yang telah berumur, umur yang panjang dan sangat sabar.
Mereka menghampirinya. Apabila nabi
Nuh as melihat mereka, dia berdiri. Pengikut (umat Nabi Muhammad SAW)
berkata: “Wahai datuk kami, Nuh! Tolonglah kami terhadap Tuhan kami
agar Dia dapat memisahkan di antara
kami dan mengutuskan kami dari ahli
syurga ke syurga dan ahli neraka ke
neraka. ” Nabi Nuh as berkata: “Sesungguhnya, aku sibuk dengan kesalahanku. Aku
pernah mendoakan agar kaumku
dimusnahkan. Aku malu dengan
Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa
Ibrahim kekasih Allah Taala! Mintalah
kepadanya agar menolong kamu !” Nabi Ibrahim as berkata:
“Sesungguhnya aku pernah berbohong di dalam usiaku sebanyak
tiga pembohongan di dalam Islam.
Aku takut dengan Tuhanku. Pergilah
kamu berjumpa Musa as! Mintalah
pertolongan darinya!” Nabi Musa as berkata: “Aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah
membunuh seorang jiwa tanpa hak.
Aku membunuhnya bukan dari
kemahuanku sendiri. Aku dapati dia
melampaui batas terhadap seorang
lelaki Islam. Aku ingin memukulnya. Aku terperanjat kerana menyakitinya
lalu menumbuk lelaki tersebut. Ia
jatuh lalu mati. Aku takut terhadap
tuntutan dosaku. Pergilah kamu
berjumpa Isa as!” Mereka pergi berjumpa nabi Isa a.s.
Nabi Isa a.s. berkata: “Sesungguhnya Allah Taala telah melaknat orang-
orang Kristian. Mereka telah
mengambil aku, ibuku sebagai dua
Tuhan selain Allah Taala. Hari ini, aku
malu untuk bertanya kepadaNya
mengenai ibuku Mariam. ” Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah
Az-Zahra ’ sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad
SAW dia berkata: “Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah sesat
dari Nabi mereka. ” Suara Mariam, telah didengari oleh
Nabi Muhammad SAW Nabi Adam a.s.
berkata kepada nabi Muhammad SAW.
“Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk
meminta syafaat kepada Allah Taala. ” Nabi Muhammad SAW menjerit dari
atas mimbar lalu bersabda: “Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai
sesiapa yang beriman dan tidak
melihatku. Aku tidak pernah lari dari
kamu melainkan aku sentiasa
memohon kepada Allah Taala
untukmu !” Umat Nabi Muhammad SAW
berkumpul di sisinya. Terdengar suara seruan: “Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu !” Nabi Adam as berkata: “Wahai Muhammad! Tuhanku telah
memanggilku. Moga-moga Dia akan
meminta kepadaku. ” Nabi Adam as pergi menemui Allah
Taala. Allah Taala berfirman
kepadanya: “Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke
neraka !” Nabi Adam as bertanya: “Berapa ramai untukku kirimkan ?” Allah Taala berfirman: Setiap seribu
lelaki kamu hantarkan seorang ke
syurga, 999 orang ke neraka. ” Allah Taala berfirman lagi:
“Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yang berdusta dan
Aku haramkan pembohongan,
nescaya Aku akan mengasihi anakmu
keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku
telah janjikan syurga bagi orang yang
mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang menderhakaiKu Aku tidak akan
memungkiri janji Wahai Adam!
Berhentilah di sisi Mizan (timbangan).
Sesiapa yang mempunyai berat pada
kebaikannya daripada dosanya
walaupun seberat biji sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa
perlu berunding denganKu!
Sesungguhnya Aku telah menjadikan
bagi mereka, satu kejahatan dengan
satu dosa. Manakala satu kebaikan
dengan sepuluh pahala agar memberitahu mereka bahawa,
sesungguhnya Aku tidak akan
memasukkan mereka ke dalam
neraka melainkan setiap yang kembali
akan dikembalikan dengan dosa bagi
orang yang melampaui batas.” Nabi Adam as berkata: “Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama bagi
menghisab berbanding aku. Hamba
itu adalah hambaMu dan Engkau Maha
Mengetahui sesuatu yang ghaib!” ^ Kembali ke atas ^ Umat Muhammad SAW Diseru Meniti
Sirat Allah Taala menyeru: “Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk
dihisab dan lintaskan mereka di atas
Sirat yang dilebarkan. Panjangnya
sejauh 500 tahun perjalanan.” Malaikat Malik berdiri di pintunya
(neraka). Dia menyeru: “Wahai Muhammad! Sesiapa yang datang dari
umatmu dan bersamanya ada
perlepasan dari Allah Taala, maka dia
akan terselamat. Sekiranya sebaliknya
maka, dia akan terjatuh di dalam
neraka. Wahai Muhammad! Katakan kepada orang yang diringankan agar
berlari! Katakan kepada orang yang
diberatkan agar berjalan !” Nabi Muhammad SAW bersabda
kepada malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke
atasmu, palingkanlah wajahmu dari
umatku sehingga mereka dapat
melepasi! Jika tidak, hati mereka akan
gementar apabila melihatmu.” Malaikat Malik memalingkan mukanya
dari umat Nabi Muhammad SAW. Umat
Nabi Muhammad SAW telah di
pecahkan kepada sepuluh kumpulan.
Nabi Muhammad SAW mendahului
mereka lalu bersabda kepada umatnya: “Ikutlah aku wahai umatku di atas Sirat ini!” Kumpulan pertama berjaya melintasi
seperti kilat yang memancar.
Kumpulan kedua melintasi seperti
angin yang kencang. Kumpulan
ketiga melintasi seperti kuda yang
baik. Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas. Kumpulan yang
kelima berlari. Kumpulan keenam
berjalan. Kumpulan ketujuh berdiri
dan duduk kerana mereka dahaga
dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas
belakang mereka. Nabi Muhammad SAW berhenti di atas
Sirat. Setiap kali, baginda SAW melihat
seorang dari umatnya bergayut di atas
Sirat, baginda SAW akan menarik
tangannya dan membangunkan dia
kembali. Kumpulan kelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai
kerana terlalu banyak kesalahan dan
dosa mereka. Bagi yang buruk,
mereka akan menyeru: “Wahai Muhammad SAW !” Nabi Muhammad SAW berkata:
“Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka! Kumpulan ke sembilan dan ke
sepuluh tertinggal di atas Sirat. Mereka
tidak diizinkan untuk menyeberang.
Dikatakan bahawa, di pintu syurga,
ada pokok yang mempunyai banyak
dahan. Bilangan dahannya tidak terkira melainkan Allah Taala sahaja
yang mengetahui. Di atasnya ada
kanak-kanak yang telah mati semasa
di dunia ketika umur mereka dua
bulan, kurang dan lebih sebelum
mereka baligh. Apabila mereka melihat ibu dan bapa mereka, mereka
menyambutnya dan mengiringi
mereka memasuki syurga. Mereka
memberikan gelas-gelas dan cerek
serta tuala dari sutera. Mereka
memberi ibu dan bapa mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka
memasuki syurga bersama-sama. Hanya tinggal, kanak-kanak yang
belum melihat ibu dan bapa mereka.
Suara tangisan mereka semakin
nyaring.
Mereka berkata: “Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku
melihat bapa dan ibuku. ” Kanak-kanak yang belum melihat ibu
dan bapa mereka telah berkumpul.
Mereka berkata: “Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia. ” Malaikat berkata kepada mereka:
“Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak
diterima oleh syurga akibat dosa
mereka. ” Mereka terus menangis malah lebih
kuat dari sebelumnya lalu berkata:
“Kami akan duduk di pintu syurga moga-moga Allah Taala
mengampuninya dan menyatukan
kami dengan mereka. ” Demikianlah! Orang yang melakukan
dosa besar akan dikurung di tempat
pembalasan yang pertama oleh
mereka iaitu Sirat. Ia dipanggil
“Tempat Teropong.” Kaki-kaki mereka akan tergantung di Sirat. Nabi Muhammad SAW melintasi Sirat
bersama orang-orang yang soleh di
kalangan yang terdahulu dan orang
yang taat selepasnya. Di hadapannya,
ada bendera-bendera yang
berkibaran. Bendera Kepujian berada di atas kepalanya. Apabila bendera baginda
menghampiri pintu syurga, kanak-
kanak akan meninggikan tangisan
mereka. Rasulullah SAW bersabda:
“Apa yang berlaku pada kanak- kanak ini ?” Malaikat menjawab: “Mereka menangis kerana berpisah dengan bapa dan ibu mereka. “Nabi SAW bersabda: “Aku akan menyelidiki khabar mereka dan aku akan
memberi syafaat kepada mereka,
Insya Allah. ” Nabi Muhammad SAW memasuki
syurga bersama umatnya yang berada
di belakang. Setiap kaum akan kekal
didalam rumah-rumah mereka. Kita
memohon kepada Allah Taala agar
memasukkan kita di dalam keutamaan ini dan menjadikan kita
sebahagian daripada mereka.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar