Senin, 07 Februari 2011

10 ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN REPUT

Oleh : Muh.Yasin Fii Sabilillah


Disebutkan didalam satu riwayat,
bahawasanya apabila para
makhluk dibangkitkan dari kubur,
mereka semuanya berdiri tegak di
kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP. Bertanya orang kepada Rasulullah
saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw
"Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU '." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang
mukmin sambil membersihkan
debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka
memanggillah dari zat yang
memanggil. Bukanlah debu "itu dari
debu kubur mereka, akan tetapi
debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu
sehingga mereka melalui titian"
Siratul Mustaqim dan memasuki
alam syurga, sehingga setiap orang
melihat para mukmin itu
mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-
hamba Ku. Disebutkan oleh hadith Rasulullah
saw bahawa sepuluh orang yang
mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :- 1. Para Nabi 2. Para Ahli Jihad 3. Para Alim Ulama 4. Para Syuhada 5. Para Penghafal Al Quran 6. Imam atau Pemimpin yang Adil 7. Tukang Azan 8. Wanita yang mati kelahiran/ beranak 9. Orang mati dibunuh atau dianiaya 10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang
beriman. Didalam satu riwayat yang lain dari
Jabir bin Abdullah ra sabda
Rasulullah saw: Apabila datang hari
qiamat dan orang orang yang
berada di dalam kubur
dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat
Ridhwan: " Wahai Ridhwan , sesungguhnya
Aku telah mengeluarkan hamba-
hamba Ku berpuasa ( ahli puasa )
dari kubur mereka di dalam
keadaan letih dan dahaga.Maka
ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng
dan buah buahan syurga. "Maka Malaikat Ridhwan menyeru,
wahai sekelian kawan-kawan dan
semua anak-anak yang belum
baligh, lalu mereka semua datang
dengan membawa dulang dari nur
dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang
penuh dengan buahan dan
minuman yang lazat dari syurga
dengan sangat banyak melebihi
daun-daun kayu di bumi. Jika
Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi
makanan itu kepada mereka
sambil mengucap sebagaimana
yang difirman oleh Allah swt di
dalam Surah Al-Haqqah
bermaksud : "Makan dan minumlah dengan
sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu." * "Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi
orang yang mengajarnya meskipun
dia sudah mati. " Dan (ingatlah ) Allah sentiasa
mengetahui dengan mendalam
akan apa jua yang kamu lakukan ." Surah Al-Baqarah : 237
Untuk renungan dan amalan
bersama . Doa Ikan Nun ========= "LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

Tidak ada komentar:

Posting Komentar