Senin, 07 Februari 2011

10 PERINGATAN BUMI

Oleh : Muh.Yasin Fii Sabilillah


Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka.
Sedarlah bahawa bumi sentiasa
berkata-kata dengan manusia
namun masih ramai lagi manusia
yang lalai dan leka. Berkata Anas Bin Malik r. a; Sesungguhnya setiap hari bumi
menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara .
1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah!
Engkau akan dimasukkan ke
dalamnya kelak.
2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah!
Engkau akan diazab di dalam
perutku.
3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan
menangis di dalam perutku.
4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah!
Engkau akan kecewa di dalam
perutku.
5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah!
Engkau akan menyesal di dalam
perutku.
6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi
ingatlah! Engkau akan dimakan
oleh ulat di dalam perutku
7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah!
Engkau akan dihina di dalam
perutku.
8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah!
Engkau akan jatuh di dalam
perutku dalam keadaan dukacita.
9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari,
bulan dan bintang di belakangku,
tetapi ingatlah! Engkau akan
tinggal dalam kegelapan di dalam
perutku.
10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi
ingatlah! Engkau akan
keseorangan di dalam perutku.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar