Selasa, 08 Februari 2011

5 TAHAP IMAN MANUSIA

Oleh : Muh.Yasin fii Sabilillah


-IMAN TAQLID
Iman ikut-ikut atau Iman 'pak
turut'.Orang yang beriman
Taqlid,pegangan Islamnya tidak
kuat dan prinsip Islamnya tidak
kukuh.Dia tidak ada alasan yang
kuat mengapa dia beriman.Dia ada dalil-dalil akal dan Al-Quran/as-
Sunnah untuk membuktikan
keyakinannya.Mengikut qaul yang
lebih jelas,Iman Taqlid ini tidak
sah.Segala amal ibadat orang yang
beriman Taqlid adalah tertolak dan tidak mendapat pahala di sisi Allah
Taala.

-IMAN ILMU
Iman berdasarkan Ilmu.Iaitu
seorang yang telah mempelajari
tentang Allah,Malaikat2,Rasul2 dan
Nabi,Kitab2,hari Qiamat dan lain-
lain yang diwajibkan
mengimaninya.Iman dan keyakinannya berasa dan kuat
bertunjang pada akal.Iqtikadnya
disertai dengan dalil-dalil yang
kuat serta pegangan yang
kukuh.Dia tidak mudah goyang
atau terpengaruh dengan ideologi lain.Tetapi orang yang beriman
Ilmu,tidak takut akan Allah Taala
dan mudah berbuat derhaka
kepada-Nya.Mereka juga hanya
mampu memperkatakan
Islam,tetapi tidak mampu berbuat atau mengamalkannya.jadi,Iman
Ilmu belum lagi dapat
menyelamatkan seseorang itu dari
neraka Allah.

- IMAN 'AYYAN
Hasil daripada tarbiyah dan
mujahadah yang bersungguh-
sungguh orang yang beriman Ilmu
akan meningkat kepada Iman
'Ayyan.Imannya bertempat di
hati,bukan lagi di fikiran.Hati orang-orang yang beriman 'Ayyan
sentiasa mengingati Allah,
ibadahnya khusyu' dan ia sentiasa
merasa kebesaran Allah
Taala.Pabila disebut nama Allah,
gementar hatinya.Semua perintah Allah Taala dipatuhi dengan penuh
rela dan kesungguhan.Ia terlalu
sensitif dengan dosa serta sangat
berakhlak dengan Allah dan
manusia.Setiap ujian dihadapi
dengan penuh sabar.Ia juga sentiasa mendapat bantuan dan
pertolongan dari Allah Taala.Orang
yang berada di peringkat Iman
'Ayyan tidak lama dihisab di
Akhirat dan ia mudah masuk
Syurga.

- IMAN HAQ
Seseorang yang mencapai Iman
Haq,mata hatinya melihat Allah
Taala.Ertinya setiap kali melihat
kejadian dan kebesaran Allah
Taala,hati dan fikirannya tertumpu
kepada Allah.tersa takut dan hebat kepada Allah setiap masa.Hatinya
tidak lekang mengingati Allah dan
sentiasa karam serta khusyu'
dalam kesyahduan cinta pada
Rabb.Hatinya tidak terpaut dengan
dunia dan ia tidak dapat dilalaikan oleh nafsu mahupun Iblis
laknatullah.Mereka yang beriman
'Ayyan digelar Muqarrobin oleh
Allah Taala,yakni orang yang
hampir dengan-Nya.

-IMAN HAKIKAT
Inilah peringkat iman yang paling
sempurna dan tertinggi yang
dimiliki oleh Rasul2, Nabi2,khulafa'
ar-Rasyideen serta wali-wali
besar.Mereka akan ditempatkan
oleh Allah Taala di dalam Syurga yang paling tinggi.Hidup mereka
setiap masa asyik dangan
ibadah.Ibadah mereka cukup
hebat, solat sunat paling kurang
300 rakaat sehari semalam.Budi
serta akhlak adalah yang terbaik dan paling terpuji.Allah Taala akan
menurunkan barakah di mana
sahaja mereka berada.Mereka
digelar golongan 'superscale'
Akhirat.Hidup dalam Syurga yang
maha Indah lagi maha lazat.Allah mengurniakan yang sedemikian itu
sebagai membalas cinta dan
pengorbanan hakiki yang cukup
besar semata-mata kerana Allah ! Di manakah tahap keimanan kita ? Sama-samalah kita sentiasa
memuhasabah diri serta
mempertingkatkan keimanan kita
dengan mengerjakan amalan
kebaikan dengan bersungguh-
sungguh,iltizam dan istiqomah. Berbahagialah dengan berita
gembira dari Allah Taala dalam
surah Ali Imran, ayat 139 :
Maksud : Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah(pula) kamu
bersedih hati,padahal kamulah
orang-orang yang paling tinggi
(darjatnya) jika kamu orang-orang
yang beriman.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar