Oleh : Muh.yasin
Dari Usman bin Affan bin Dahaak
bin Muzahim daripada Abbas ra,
bapa saudara Rasulullah SAW dari
Rasulullah SAW telah bersabda,
yang bermaksud: “Aku adalah orang (manusia) yang paling awal
dibangkitkan dari kubur (bumi)
pada hari kiamat yang tiada
kebanggaan. Bagiku ada syafaat
pada hari kiamat yang tiada
kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi
keseluruhannya berada di bawah
benderaku. Umatku adalah umat
yang terbaik. Mereka adalah umat
yang pertama dihisab sebelum
umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan
mengibas (membuang) tanah yang
ada di atas kepala mereka. Mereka
semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah dan kami bersaksi
bahawa Muhammad itu Rasulullah.
Inilah yang telah dijanjikan oleh
Allah Taala serta dibenarkan oleh
para rasul.” Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah
Muhammad SAW. Jibril as akan
datang kepadanya bersama seekor
Buraq. Israfil pula datang dengan
membawa bersama bendera dan
mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-
pakaian syurga. ” Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW ?” Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku
hancur. Telah hilang segala
lingkaran, tanda dan gunung-
ganangku. Aku tidak tahu dimana
kubur Muhammad SAW. ” Rasulullah SAW bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur
Nabi Muhammad SAW ke awan
langit. Maka, empat malaikat
berada di atas kubur. ” Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik !” Maka, kubur terbelah dua. Pada
seruan yang kedua pula, kubur
mula terbongkar. Pada seruan yang
ketiga, ketika Rasulullah SAW
berdiri, baginda SAW telah
membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda
SAW melihat kanan dan kiri.
Baginda SAW dapati, tiada lagi
bangunan. Baginda SAW menangis
sehingga mengalir air matanya ke
pipi. Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah
Taala di tempat yang luas. ” Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini ?” Jibril as menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari
kiamat. Inilah hari kerugian dan
penyesalan. Inilah hari
pembentangan Allah Taala.” Baginda SAW bersabda:
“Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku !” Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu ?” Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku. ” Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang
terpacak di atasmu ?” Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya
kepadamu akan umatku. Di mana
perjanjian mereka ?” Jibril as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar
oleh bumi daripada manusia,
sebelummu?” Baginda SAW bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan
mensyafaatkan umatku. ” Jibril as berkata kepada baginda SAW:
“Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke
hadapan Tuhanmu!” Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi
Muhammad SAW. Buraq cuba
meronta-ronta. Jibril as berkata
kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk
yang paling baik dicipta oleh Allah
Taala? Sudahkah Allah Taala
perintahkan kepadamu agar
mentaatinya ?” Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku
ingin dia mensyafaatiku agar
memasuki syurga sebelum dia
menunggangku. Sesungguhnya,
Allah Taala akan datang pada hari
ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi
sebelum ini.” Baginda SAW bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan
syafaatku, nescaya aku memberi
syafaat kepadamu. ” Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan
baginda SAW menunggangnya lalu
dia melangkah. Setiap langkahan
Buraq sejauh pandangan mata.
Apabila Nabi Muhammad SAW
berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat
Israfil as menyeru: “Wahai tubuh- tubuh yang telah hancur, tulang-
tulang yang telah reput, rambut-
rambut yang bertaburan dan urat-
urat yang terputus-putus!
Bangkitlah kamu dari perut burung,
dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke
perhimpunan Tuhan yang Maha
Perkasa. Roh-roh telah diletakkan
di dalam tanduk atau sangkakala.
Di dalamnya ada beberapa tingkat
dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan
berada di dalam tingkat. Langit di
atas bumi akan menurunkan hujan
dari lautan kehidupan akan air
yang sangat pekat seperti air mani
lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat
memanjang. Daging kulit dan bulu
akan tumbuh. Sebahagian mereka
akan kekal ke atas sebahagian
tubuh tanpa roh. Allah Taala
berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut
dan hidupkan mereka dengan
izinKu akan penghuni kubur.
Sebahagian mereka adalah
golongan yang gembira dan suka.
Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita. ” Malaikat Israfil as menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur!
Kembalilah kamu kepada tubuh-
tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk
dikumpulkan di hadapan Tuhan
semesta alam.” Allah Taala berfirman: “Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan
setiap roh pada tubuh-tubuhnya !” Apabila roh-roh mendengar sumpah
Allah Taala, roh-roh pun keluar
untuk mencari jasad mereka. Maka,
kembalilah roh pada jasadnya.
Bumi pula terbongkar dan
mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-
masing melihat. Nabi SAW duduk di
padang pasir Baitul Maqdis, melihat
makhluk-makhluk. Mereka berdiri
seperti belalang yang
berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW
merupakan satu umat (kumpulan).
Nabi SAW berhenti memperhatikan
ke arah mereka. Mereka seperti
gelombang lautan. Jibril as
menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua
ke tempat perhimpunan yang telah
disediakan oleh Allah Taala. ” Umat- umat datang di dalam keadaan
satu-satu kumpulan. Setiap kali
Nabi Muhammad SAW berjumpa
satu umat, baginda SAW akan
bertanya: “Di mana umatku ?” Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang
terakhir. ” Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru:
Tempatmu!” Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis. Nabi Muhammad
SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.” Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?” Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku ?” Jibril as berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat
dan perlahan.” Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad
SAW menangis lalu bertanya:
“Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa ?” Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW !” Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka,
mereka gembira dan mengucapkan
selawat kepada baginda SAW
dengan apa yang telah Allah Taala
muliakannya. Mereka gembira
kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga
gembira terhadap mereka. Nabi
Muhammad SAW bertemu umatnya
yang berdosa. Mereka menangis
serta memikul beban di atas
belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad !” Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-
orang zalim memikul kezaliman
mereka. Nabi Muhammad SAW
bersabda: “Wahai umatku. ” Mereka berkumpul di sisinya.
Umat-umatnya menangis. Ketika
mereka di dalam keadaan
demikian, terdengar dari arah Allah
Taala seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?” Jibril as berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta
alam.” Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat
mengetahui sesuatu yang
tersembunyi: “Di mana umat Muhammad SAW ?” Jibril as berkata: “Mereka adalah sebaik umat.” Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW
bahawa umatnya akan datang
untuk ditayangkan di hadapanKu. ” Jibril as kembali di dalam keadaan
menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang
untuk ditayangkan kepada Allah
Taala.” Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu
berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan
kepada Allah Taala. ” Orang-orang yang berdosa menangis kerana
terkejut dan takut akan azab Allah
Taala. Nabi Muhammad SAW
memimpin mereka sebagaimana
pengembala memimpin
ternakannya menuju di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman:
“Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan
apa-apa yang telah
diperdengarkan bagi kamu dan
kamu semua melakukan dosa !” Hamba-hamba Allah Taala terdiam.
Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa
dengan apa yang telah mereka
usahakan. Hari ini, Aku akan
memuliakan sesiapa yang
mentaatiKu. Dan, Aku akan
mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai
Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga
neraka! Katakanlah kepadanya,
bawakan Jahanam !” Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka
lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu
agar membawa Jahanam.” Malik bertanya: “Apakah hari ini ?” Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan
untuk membalas setiap jiwa
dengan apa yang telah mereka
usahakan. ” Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah
mengumpulkan makhluk ?” Jibril menjawab: “Ya!” Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya ?” Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!” Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran
terhadap kepanasan nyalaan
Jahanam apabila mereka
melintasinya sedangkan mereka
semua adalah umat yang lemah ?” Jibril berkata: “Aku tidak tahu !” Malik menjerit ke arah neraka
dengan sekali jeritan yang
menggerunkan. Neraka berdiri di
atas tiang-tiangnya. Neraka
mempunyai tiang-tiang yang
keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal
mata seorang dari makhluk
melainkan bercucuran air mata
mereka (semuanya menangis). Air
mata sudah terhenti manakala air
mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban
rambut. Ibu-ibu yang memikul
anaknya mencampakkan mereka.
Manusia kelihatan mabuk padahal
mereka sebenarnya tidak mabuk.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar