Oleh : Muh.yasin fii sabilillah
Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
"Apabila telah datang hari
kiamat, maka didatangkan 4
golongan manusia di sisi pintu
syurga tanpa dihisab dan
disiksa, mereka ialah ; 1. Orang alim yang
mengamalkan ilmunya.
2. Seorang haji yang sewaktu
menunaikan haji tidak
melakukan sebarang perkara
yang membatalkan hajinya.
3. Orang yang mati syahid di
dalam peperangan.
4. Dermawan yang
mengusahakan harta yang
halal dan membelanjakannya di jalan Allah
tanpa riya. Keempat-empat golongan ini
berebut-rebut untuk
mendahului memasuki syurga,
kemudian Allah
memerintahkan kepada Jibrail
A.S. menghakimi mereka. Berkata Jibrail A.S. kepada
orang mati syahid, "Apakah
yang telah kamu lakukan
sewaktu di dunia sehingga
kamu hendak masuk ke
syurga?" Berkata orang yang mati
syahid, "Aku telah terbunuh
dalam peperangan kerana
mencari keredhaan Allah." Berkata Jibrail A.S., "Dari siapa
kamu mendapat tahu tentang
pahala orang yang mati
syahid?" Orang yang mati syahid
menjawab,"Aku mendengar
daripada alim ulama." Berkata Jibrail A.S. lagi,
"Jagalah kesopanan, jangan
kamu mendahului guru yang
mengajar kamu." Kemudian Jibrail A.S. bertanya
kepada yang mengerjakan
haji, "Apakah yang kamu telah
lakukan di dunia dahulu
sehingga kamu hendak masuk
ke syurga?" Berkata yang berhaji,"Aku
telah menunaikan haji semata-
mata kerana Allah." Berkata Jibrail A.S., "Siapakah
yang memberitahu kamu
tentang pahala haji?" Berkata yang berhaji, "Aku
mendengar dari alim ulama." Berkata Jibrail A.S. lagi,
"Jagalah kesopananmu, jangan
kamu mendahului guru yang
mengajar kamu." Berkata Jibrail A.S. kepada
penderma pula, "Apakah yang
kamu lakukan sewaktu kamu
di dunia dulu?" Menjawab si penderma, "Aku
telah banyak menderma
semata-mata untuk
mendapatkan keredhaan Allah
S.W.T." Jibrail A.S. berkata lagi,
"Siapakah yang
memberitahumu tentang
pahala orang yang menderma
kerana Allah?" Berkata si perderma, "Aku
mendengarnya dari para alim
ulama." Maka Jibrail A.S. pun berkata,
"Jagalah kesopananmu, jangan
kamu mendahului guru yang
mengajar kamu." Kemudian orang alim berkata,
"Ya Tuhanku, tidaklah boleh
aku menghasilkan ilmu kecuali
dengan sebab sifat kasih
dermawan dan kebaikan
orang yang dermawan itu." Lalu Allah S.W.T. berfirman
yang bermaksud, "Telah benar
kata si alim itu, bukakanlah
pintu syurga supaya si
dermawan masuk dahulu.
Kemudian barulah orang-orang lain masuk." Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda, "Keutamaan orang
alim di atas ahli ibadah itu
seperti keutamaan saya di
atas orang yang paling rendah
di antara kamu." Allah S.W.T. berfirman,
maksudnya, "Aku Maha
Berilmu dan Aku suka kepada
orang yang berilmu." Al Hassan r.a. berkata, "Tinta
para ulama itu ditimbang pada
hari kiamat dengan darah
orang-orang mati syahid, dan
tinta para ulama akan menjadi
lebih berat daripada darah para syuhada." Rasulullah S.A.W. bersabda, "Jadilah engkau orang alim
(yang mengajar) atau orang
yang belajar atau orang yang
mendengar (pelajaran).
Janganlah engkau menjadi
orang yang keempat, akan rosaklah engkau." Orang bertanya kepada Rasulullah S.A.W ., "Amal apakah yang paling utama?" Rasulullah S.A.W. menjawab,
"Berilmu tentang Allah."
Sabda Rasulullah S.A.W. lagi, "Sesungguhnya Allah S.W.T
telah menciptakan kepada
keturunan anak-anak Adam
lapan perkara, dan dari lapan
itu empat perkara bagi
penghuni syurga, iaitu: 1. Wajah yang manis dan
berseri-seri.
2. Tutur kata yang bersopan.
3. Hati yang bertaqwa kepada
Allah.
4. Tangan yang dermawan. Empat perkara bagi penghuni
neraka:
1. Muka yang muram.
2. Tutur kata yang keji.
3. Hati keras yang engkar.
4. Tangan yang kedekut (bakhil). Sabda Rasulullah S.A.W ., "Sendi tegaknya dunia adalah
disebabkan empat perkara: 1. Dengan berilmunya para
ulama.
2. Dengan keadilan orang yang
menjadi pemerintah.
3. Dengan orang kaya yang
dermawan. 4. Dengan doanya orang yang
fakir."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar