Selasa, 08 Februari 2011

CARA MENGATASI MARAH DALAM ISLAM

Oleh : Muh.Yasin Fii Sabilillah


1. Mengubah Posisi
- Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia
dalam kedudukan berdiri, maka
hendaklah ia duduk. Kerana hal itu
akan menghilangkan marahnya. Dan
kalau tidak, maka hendaklah ia
berbaring.” (Riwayat Muslim)

2. Berwuduk
- Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu
diciptakan daripada api, sedangkan
api itu hanya dipadamkan dengan air.
Oleh itu apabila salah seorang di
antara kamu marah, maka hendaklah
ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .

3.Minum air.

4.Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.

5.Berlindung kepada Allah daripada syaitan .

6.Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.

7.Berfikiran positif.

8.Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan
terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.

9.Bawa bertenang seperti menarik nafas.

10.Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.
Wallahu'alam.

4 komentar: