Kamis, 24 Februari 2011

# KUBUR BERKATA SEWAKTUJENAZAH FATIMAH AZ-ZAHRAHENDAK DIKEBUMIKAN #

Oleh : Muh.yasin fii sabilillah


Dikisahkan bahwa sewaktu Fatimah
r.a. meninggal dunia maka jenazahnya
telah diusung oleh 4 orang, antara :

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatimah r.a)
3. Husin (anak Fatimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a
diletakkan di tepi kubur maka Abu
Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada
kubur,
"Wahai kubur, tahukah kamu jenazah
siapakah yang kami bawakan kepada kamu ?
Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti
Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah
S.A.W." Maka berkata kubur, "Aku bukannya
tempat bagi mereka yang berderajat
atau orang yang bernasab,
adapun aku adalah tempat amal soleh,
orang yang banyak amalnya maka dia
akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal
soleh maka dia tidak akan terlepas
dari aku
(akan aku layani dia dengan seburuk-
buruknya)." Abu Laits as-Samarqandi berkata
kalau seseorang itu hendak selamat
dari siksa
kubur hendaklah melazimkan empat
perkara semuanya :

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Qur'an
4. Hendaklah dia memperbanyakkan
membaca tasbih kerana dengan
memperbanyakkan membaca tasbih,
ia akan dapat menyinari kubur dan
melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus
dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan
suka cerita sana cerita sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

Tidak ada komentar:

Posting Komentar